Selasa, 16 September 2008

Filem Noir - Part 2

DISKUSI
Touch Of Evil(1958)

Touch of Evil adalah salah satu karya agung dalam genre filem noir yang diterbitkan oleh Universal International pada tahun 1958. Filem terakhir karya Orson Welles di Amerika ini ditulis oleh beliau sendiri berdasarkan novel Badge of Evil karya Whit Masterson. Dibarisi pelakon-pelakon handalan Hollywood ketika itu seperti Charlton Heston, Janet Leigh, dan Orson Welles sendiri, filem ini Berjaya mencipta sejarahnya sendiri sebagai sebuah filem klasik noir yang unggul. Walaupun kurang mendapat sambutan penonton ketika awal ia di tayangkan pada umum, filem ini Berjaya menggondol anugerah di “Best International Film of the Year” di Brussels Film Fest 1958. Filem ini tidak mati begitu sahaja pada tahun tersebut namun ia telah di sunting semula selepas 40 tahun di di terbitkan iaitu pada tahun 1998. Rick Schimidlin yang bertanggungjawab menerbitkan projek director’s cut ini bersama editornya Walter Murch telah memberikan sentuhan baru kepada Touch of Evil yang pada mulanya berdurasi hampir 3 jam kepada 111 minit. Suntingan semula ini di buat berdasarkan memo Orson Welles sendiri yang di tinggalkannya sebelum beliau meninggal dunia.

Orson Welles dan Dunia Seni

Nama Orson Welles dan genre filem noir sudah sinonim sejak keterlibatan beliau dalam Citizen Kane pada tahun 1941. Filem yang telah menggangkat namanya ini sebagai karyawan filem tersohor merupakan titik tolak kepada kejayaannya dalam dunia perfileman antarabangsa. Kejayaan beliau sebagai pengarah, penulis, penerbit filem menjadikannya lagenda filem noir klasik. Bermula dengan berkerja di stesen radio pada hujung 1930-an dengan The War of The World karya H.G. Wells. Selain itu, beliau juga aktif dengan teater dengan karya adadptasi voodoo dalam Macbeth dan cerita Julius Caesar kepada bentuk yang lebih kontemporari. Beliau judga terkenal sebagai seorang aktivis politik dan komentator yang serius dalam jurnalisme, radio dan publik.

Kemudiannya beliau mula mendapat kepercayaan mengeluar filem Hollywood ketika itu untuk mengarah dan menerbitkan filem pada 1940-an. Genre filem Noir terus sinonim dengannya dengan beberapa filem yang menaikkan namanya seperti The Magnificent Ambersons(1942),The Stranger(1946) dan Touch of Evil sendiri.

Sepanjang kariernya beliau telah menerima 14 anugerah Oscar selain lebih 10 pencalonan yang lain. Beliau telah membintangi lebih 30 filem dan 17 filem keseluruhannya. Welles juga pernah menerima penghargaan Life Time Achievement dari Institut Film Amerika pada 1975. Beliau adalah orang ketiga yang pernah menerima penghargaan ini setelah John Ford dan James Cagney.

Orson Welles sebagai Hank Quinlan.

Membawa watak seorang polis yang tua, bengis dan tegas, Orson Welles membawa watak Hank Quinlan menerusi filem Touch of Evil. Berbadan besar, berpewatakan raksaksa, mengalami masalah obesiti,dan tekanan perasaan dalam diri. Hank Quinlan juga dikenali sebagai local police celebrity olah rakan-rakannya. Sering mengenalkan kot hujan, bertopi dan bertongkat ketika keluar bertugas, Quinlan amat berpengaruh dikawasannya.

Jika di lihat dari aspek gaya lakonan Welles dalam filem ini agak berlainan dalam Citizen Kane kerana faktor usianya yang tua ketika itu. Namun ini tidak menjadi sebab kepada mutu lakonannya, malah lebih baik. Jika dalam Citizen Kane, beliau membawa watak Charles Foster Kane, seorang lelaki kaya dan berkuasa di America. Namun Touch of Evil pula memperlihatkan watak yang agak berbeza. Memek muka serta pergerakan tubuh badannya ketika melakonkan watak Hank Quinlan amat sesuai dengan bentuk tubuhnya ketika itu. Sesetengah sumber mengatakan, Welles sanggup mengemukkan badannya untuk filem itu.

Hank Quinlan dalam filem ini merupakan watak antagonis yang kelihatan amat bengis sekali. Antara babak yang menunjukkan perwatakannya itu adalh ketika Quinlan pergi ke rumah suspek, Sanchez Quinlan menampar muka Sanchez kerana bercakap dalam bahasa Mexico yang tudak difahaminya. Selain itu, Quinlan juga suka menindas dan sanggup membuat apa saja peda mereka yang bertentangan dengannya. Hal ini dapat dilihat dengan dua adegan pembunuhan yang dilakukan Quinlan; membunuh Uncle Joe Grandi di dalam bilik dengan menjerut lehernya serta babak akhir dengan membunuh rakan karibnya, Meinzies. Walaupun begitu, Quinlan juga manusia biasa yang memerlukan rakan untuk berbual dan menceritakan masalahnya.

Namun perkara yang menarik diperbincangkan mengenai lakonan Welles dalam filem ini adalah babak akhir di mana, watak Quinlan akhirnya kecundang setelah membunuh Meinzies di atas jambatan kemudiannya cuba "mencuci" tangan berdosanya itu dalam air yang kotor. Gaya arahan dan lakonan Welles ini amat menarik sekali denga nilai estatika yang amat tinggi. Ia memberi maksud yang amat mendalam dan merupakan babak terbaik dalam filem ini.

KONKLUSI
Secara umumnya lakonan dalam filem amatlah penting untuk menjamin mutu sesebuah filem. Di dalam filem, manusia atau watak merupakan medium utama penceritaan selain aspek penceritaan, plot serta latar-latar yang lain. Aspek lakonan adalah perkara utama yang akan dinilai penonton. Di dalam konteks filem noir, watak yang ada adalam filem ini di lihat lebih mencabar berbanding genre filem lain. Watak yang gelap, bermasalah dan tertekan perlu di bawa dengan baik oleh pelakon untuk menjadikan lakonan mereka berkesan. Pelakon yang membawa watak tertentu juga perlulah sesuai dengan skrip dan situasi agar watak itu berjaya.

Selain itu, pengarah juga memainkan peranan penting dalam menjadikan mutu lakonan yang baik. Pengarah yang baik akan memberi acuan kepada gaya lakonan yang menarik dalam sesuai kepada setiap pelakonnya. Setiap watak yang muncul akan kelihatan berkesan sekiranya pengarah melakukan kerja dengan baik. Menerusi filem Touch of Evil, Orson Welles sendiri mengarah dan berlakon dalam filem tersebut. Jadi tidak menjadi masalah bagi beliau untuk membentuk gaya lakonan yang di kehendakinya.

Akhir sekali, filem merupakan cerminan kepada kehidupan. Filem juga merupakan medium seni terakhir yang menggunakan manusia(pelakon) dewasa ini. Jadi, aspek estatika dalam filem harus di pandang serius oleh karyawan filem. Sesebuah karya seni filem haruslah seimbang dari aspek estakita dan komersialnya. Namun, dewasa ini, kita selalu dihidangkan dengan filem-filem komersial yang menghakis nilai estatikanya. Lakonan yang plastik dan tidak mempunyai jiwa menjadi kegilaan. Jadi di manakah hilangnya seni sesebuah filem? Sebagai genarasi filem baru, menjadi tanggungjawab kita untuk menjadikan filem sebagai medium seni bermaruah yang tinggi nilai estatikanya dan baik nilai komersialnya.