Sabtu, 27 Disember 2008

Laporan Pra-Produksi "JIMBO" (Part 1)

PENGENALAN

Pada awal Ogos, kelas Bengkel Produksi 3 bermula. Kami di tugaskan mencari cerita yang sesuai untuk membuat satu produksi filem pendek 16mm. Kami berbincang dan mengemukakan idea-idea untuk skrip yang sesuai untuk di bangunkan menjadi skrip. Beberapa orang pelajar turut mencadangkan cerpen dan novel untuk di adaptasi menjadi filem pendek. Antaranya cerpen “Tik, Tik , Tik” dan novel “Srengenge”. Namun setelah beberapa minggu, pihak fakulti memberi cadangan kepada kami untuk melakukan sebuah filem cereka(feature film). Kemudian, satu skrip tulisan Dr. Anuar Arai telah di kemukakan, “JIMBO”. Filem kisah satu komuniti yang tinggal di dalam longkang Kuala Lumpur.

Setelah melalui beberapa proses, saya telah di pilih untuk menjadi Pengarah untuk projek filem cereka pertama terbitan ASWARA ini. Tanggungjawap yang amat berat ini saya terima dengan hati terbuka dan penuh dedikasi. Terima kasih kepada para pensyarah dan rakan-rakan sekelas yang menyokong saya.

TUGASAN AWAL

Setelah mendapat skrip, saya telah membaca skrip ini beberapa kali untu mendapatkan kefahaman secara total mengenai cerita, latar, dan karekter dalam skrip ini. Pada permulaan, saya menghadapi masalah untuk mendapatkan ‘feel” yang sesuai untuk cerita ini kerana ia agak berbeza dengan skrip-skrip yang pernah saya baca sebelum ini. Saya bersama rakan-rakan lain berbincang untuk bersama-sama memahami skrip ini namun kami masing- masing mempunyai perspektif yang berbeza. Namun, satu pertemuan bersama penulis skrip, Dr Anuar Arai telah di atur dan segala persoalan dan keraguan yang timbul di bangkitkan ketika pertemuan itu. Beberapa perkara yang kabur semakin jelas dan nyata. Kini bermula tugasan awal sebagai Pengarah iaitu mendalami setiap karekter di dalam cerita dan berimaginasi dengan dunia “JIMBO”.

Peringkat pertama yang saya lalui ialah mengkaji latar belakang skrip dan latar cerita di dalam skrip. Ini termasuk sejarah Yap Ah Loy, sejarah pembukaan Kuala Lumpur dan beberapa perkara yang berkaitan dengan sejarah Kuala Lumpur. Saya telah membuat kajian menerusi internet, buku, melawat ke arkib dan muzium dan bertanya kepada individu-individu yang tertentu. Hal ini turut dilakukan bersama ahli produksi lain dan maklumat yang di perolehi di kumpul dan di kongsi bersama untuk memperkuatkan skrip.

SKRIP DAN PENGARAH

Cabaran pertama dalam mengarah filem ini adalah mendapatkan jiwa filem yang di bawa penulis skrip ke visual. Saya memerlukan masa untuk membaca dan terus membaca skrip ini. Berimaginasi untuk memberikan visual yang terbaik dalam filem ini.

Saya turut menilai setiap babak dan perkembangan cerita dari babak ke babak untuk memastikan cerita yang akan di sampaikan bersifat dinamik. Momentem cerita juga di titik beratkan untuk memastikan filem sentiasa bergerak secara bertenaga. Watak yang menjadi tunjang pada setiap scene akan di perkemaskan untuk mencipta karekteristik yang menarik pada setiap watak.

Suntingan babak yang mungkin boleh merosakan jalan cerita dan tidak bersangkut paut dengan cerita juga perlu untuk menjadikan filem ini menjadi lebih baik. Keseimbangan setiap babak dengan watak yang ada juga perlu bagi agar keseluruhan filem tidak meleret dan panjang. Durasi jangkaan juga menjadi penekanan kerana filem ini akan di bawa ke pawagam.

VISUAL CONCEPT

Saya telah menghubungi seorang rakan saya, Zaidi. Dia seorang pelukis yang baik untuk membantu saya melukis visual concept untuk JIMBO. Saya memberikan beberapa gambaran yang ada di dalam imaginasi saya untuk die terjemahkan ke atas kertas oleh Zaidi. Zaidi telah melukis beberapa lakaran untuk watak dan set yang di gambarkan dalam skrip. Saya memberitahunya mengenai gambaran yang saya kehendaki untuk JIMBO. Lakaran ini kemudiannya di buat salinan dan di berikan kepada semua ahli produksi untuk memudahkan semua head of art department melakukan kerja dalam department masing-masing.

Saya membahagikan kepada dua bahagian:

a)Karekter – Saya memberikan gambaran dari segi paras rupa, fizikal, dan pakaian. Antaranya :


Ilustrasi watak "ACIM"










Ilutrasi Watak "DERAM"










Ilutrasi watak "SABUN"












b)Lokasi dan Set – Saya memberikan gambaran pada rupa, latar belakang, hiasan set dan karekter lokasi/set.

Gambar 1- Lakaran untuk Set "Kediaman Jimbo"


Gambar 2 - Lakaran untuk set "Kediaman Jimbo Bangsar"


Visual concept ini seterusnya dalam di gunakan oleh Casting Unit, Make-up, Wardrobe dan Set Department untuk melakukan kerja-kerja setrusnya dan memberi design yang sesuai dalam filem ini nanti.


*Nantikan Part 2 untuk Laporan ini