Khamis, 1 September 2011

ERA AWAL SINEMA ERORAH

Pengenalan

Secara umumnya, sejarah sinema itu sendiri bermula di eropah apabila adik-beradik Lummire telah membuat tayangan filem pertama kepada umum buat kali pertamanya di dunia pada 28 Disember 1895 di Boulevard des Capucines, Perancis. Selepas dari itu, filem telah berkembang ke salah satu bentuk seni dan kemudiannya menjadi sebuah industri. Setelah itu, negara-negara eropah lain khususnya negara-negara Scandinavia (Sweden, Denmark dan Norway) telah memulakan era awal sinema eropah khususnya dan sinema dunia khususnya.

Sinema Negara-negara Scandinavia

Setelah sinema di perluaskan di sekitar eropah. Negara-negara Scandinavia yang terkesan degan fenomena itu masing-masing telah memperluaskan industri perfileman di dalam negara mereka. Di era inilah telah lahir karyawan-karyawan filem yang menjadi pelopor kepada bentuk penceritaan, teknik dan gaya persembahan. Bermula dengan filem-filem pendek dan dokumentari kehidupan seharian, karyawan filem ketika itu cenderung membikin filem bercorak drama dan komedi.

Peter Elfet merupakan pelopor sinema Denmark dan telah membikin filem bermula dari tahun 1896 hingga 1912. Beliau banyak membikin filem-filem dokumenteri tentang kehidupan di-raja di Denmark dan juga filem-filem cereka berbentuk drama. Sinema Denmark kemudiannya melalui era kegemilangannya dengan studio mereka pertama iaitu Nordisk Film Kompagni yang mula di buka oleh Ole Olsen pada 1906. Studio ini telah mengeluarkan filem-filem pendek dan seterusnya filem cereka (full-leght feature film) juga telah melahirkan karyawan-karyawan juga bintang filem yang berbakat. Antaranya ialah Asta Nielsen yang mula di kenali dalam filem “The Abbyss”(1910) dan kemudiannya menjadi bintang filem pertama di eropah. Sinema Denmark juga akan kekal dalam sejarah perfileman sebagai pelopor pada genre melodrama klasik dengan pengarah hebatnya ketika itu, August Blom. Selain itu, studio Nordisk juga merupakan studio yang pertama mengeluarkan filem cereka (full-leght feature film) iaitu “Atlantis”(1913). Selepas tahun 1913, studio Nordisk kian goyah namun ia membuka peluang pula kepada penerbit filem bebas untuk menghasilkan filem antaranya adalah Benjamin Christensen. Beliau berjaya menghasilkan filem yang lari dari genre kebiasaan yang di bawa oleh Nordisk iaitu sebuah filem bercorak penyiasatan,”Det hemmelighedsfulde X”(1914) dan “Hævnens Nat(Blind Justice or The Night of Revenge, 1916), sebuah filem bercorak jenayah.

Selain Denmark, negara Sweden turut menjadi negara eropah terawal yang mengalami era awal sinema apabila syarikat produksi Svenska Biografteatern berpindah dari Kristianstad ke Lidingö (kedua-duanya di Sweden) pada 1911. Di situ lahirlah dua orang pengarah berbakat itu Victor Sjöström dan Mauritz Stiller yang merupakan pelopor pada sinema Sweden. Era kegemilangan sinema Sweden juga memperlihatkan nama besar seperti Greta Garbo, yang mula popular menerusi lakonannya dalam filem “Gösta Berlings Saga (1924) arahan Mauritz Stiller. Antara rahsia kejayaan karya-karya filem ketika zaman itu adalah mengangkat semangat novel (spirit of the novel) di adaptasi ke medium filem. Victor Sjöström juga telah memulakan revolusi pengambaran luar studio pada era dengan menggunakan lokasi perkampungan di Sweden sebagai latarnya. Namun, era kegemilangan ini tidak bertahan lama apabila dua orang karyawan hebat Sweden ini bersama pelakon Greta Grabo berpindah ke Hollywood yang seterusnya menyaksikan kejatuhan yang teruk kepada industri perfileman di Sweden pada pertengahan 1920-an.

Filem menjadi satu medium propaganda yang kuat pengaruhnya semasa perang dunia ke-2. Namun, sebagai negara berkecuali, Sweden hanya menggunakan medium filem sebagai pertahanan psikologi untuk negara mereka. Antara pengarah filem yang terlibat dengan pembikinan filem ketika itu adalah Gustaf Molander and Alf Sjöberg.

Namun, selepas perang dunia ke-2, sinema Sweden kemudiannya melalui era baru dengan lahirnya karyawan-karyawan filem yang lebih berkarisma dan kini menjadi rujukan kepada dunia perfileman iaitu Ingmar Bergman.

Tiada ulasan: