Khamis, 1 September 2011

Sinema German

Sinema Jerman pada mulanya banyak menerima filem luar seperti dari Denmark kerana pada era “silent film” tiadanya penghalang dari segi bahasa untuk mereka memahami filem itu. Industri perfileman mereka semakin berkembang bila mendapat lebih banyak permintaan dari rakyat Jerman. Antara sumbangan Jerman kepada dunia sinema adalah pelbagai stail filem dihasilkan dan juga inovatif dari segi teknikal. Contoh kehebatan Jerman adalah teknik kamera mereka yang inovatif, “the unchained camera” iaitu mempelbagaikan pergerakkan kamera bagi menghasilkan “shot” yang menarik. Banyak teknik kamera baru dicipta seperti kamera digantung pada tali kabel kemudian digerakkan mendekati pelakon untuk “zoom shot” dan contoh lain seperti kamera dipasang pada pelakon. Teknik pencahayaan, bayang dan “double exposure” juga digunakan. Visual efek, prop atau alatan yang mereka hasilkan juga sangat inovatif antaranya adalah seekor naga mekanikal yang dicipta untuk filem “Nibelungen”. Naga ini digerakkan dengan menggunakan tenaga manusia dan ini merupakan satu pencapaian hebat.

Filem “Expressionism” mula dihasilkan dan ia menekankan unsur-unsur simbolik, tidak realistik dan artistik. Contoh filem ini adalah “Metropolis” dan “The Cabinat of Dr. Caligari”. Dr. Caligari merupakan satu simbol pemerintahan autokratik di Jerman ketika itu. Stail lakonan “expressionism” juga terhasil. Namun ia mula berkurangan pada pertengahan 1920-an. Filem ini banyak memberi pengaruh kepada filem Hollywood. Kemudian filem bertemakan sosial dan berunsur realistik yang menyentuh isu seperti pelacuran, ketagihan dadah, homoseksualiti mula banyak dihasilkan dan ia dipengaruhi oleh “New Objectivity”. Contoh filem adalah dari Georg Wilhelm Pabst bertajukJoyless Street" (Die Freudlose Gasse) (1925). Filem jenis ini juga dikenali sebagai “street film” dan ketika itu penapisan filem agak longgar. Pada masa yang sama filem bergenre “mountain film” juga dihasilkan terutamanya oleh pengarah Arnold Fanck. Ramai pengarah filem Jerman berhijrah ke Hollywood disebabkan oleh ketidakstabilan politik.

Tiada ulasan: